Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir masih terima manfaat kemudahan kerajaan

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam (10 Nov) mengakui masih menikmati beberapa kemudahan yang disediakan kerajaan sejak beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri 14 tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir masih terima manfaat kemudahan kerajaan

Gambar fail Dr Mahathir Mohamad.

Diterbitkan : 10 Nov 2017 08:29AM Dikemas Kini : 10 Nov 2017 08:34AM

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam (10 Nov) mengakui masih menikmati beberapa kemudahan yang disediakan kerajaan sejak beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri 14 tahun lalu.

Menurutnya, kemudahan seperti pembantu rumah dan kakitangan di Yayasan Kepimpinan Perdana dikekalkan cuma mereka dihantar menggantikan pekerja lama dengan khidmat mereka masih dibayar kerajaan.

Mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam (10 Nov) bahawa kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana mantan perdana menteri, Dr Mahathir berkata beliau sedia menyenaraikan perjawatan yang ditarik balik, termasuk yang tiada kaitan dengan kerajaan. Beliau juga mendakwa bahawa pihak yang menawarkan perjawatan itu kepadanya dipaksa menarik jawatan yang diberikan.

Menurut JPM, sebanyak 21 perjawatan diperuntukkan kepada Dr Mahathir, dengan kesemua perjawatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam.

TUN M ULAS ISU BERKAITAN BUGIS

Dr Mahathir, yang ditemui selepas sesi dialog kepimpinan dalam era digital di masa depan di Yayasan Kepimpinan Perdana, bertegas untuk tidak memohon maaf berhubung kenyataannya berkaitan Bugis termasuk terhadap desakan yang dibuat Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang merujuk kepada etnik tersebut mahupun pihak Jusuf.

Mengenai tindakan polis membuka dua kertas siasatan terhadap beliau berhubung kenyataannya itu, Dr Mahathir berkata polis hanya menjalankan tugas mereka dan sedia disiasat jika dipanggil.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Okt 2003.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan