Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir juga Menteri Pelajaran, Dr Wan Azizah Menteri Ehwal Wanita dan Kebajikan

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan diri beliau sebagai Menteri Pelajaran. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2018 03:13PM Dikemas Kini : 17 May 2018 10:24PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan diri beliau sebagai Menteri Pelajaran.

Timbalan Perdana Menterinya pula, Datuk Seri Dr Wan Azizah, dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, lapor Malaysiakini.

Tun Dr Mahathir turut berkata semasa sidang media hari ini (17 Mei) bahawa seramai 13 menteri akan membentuk Kabinet baru Malaysia dan mereka akan mengangkat sumpah pada Isnin depan (21 Mei), menurut laporan Bernama.

Pada 12 Mei lalu, Dr Mahathir sudahpun pemegang jawatan bagi tiga kememterian utama negara itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dinamakan sebagai Menteri Kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.  

Sumber : Agensi berita/BERNAMA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan