Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir harap dapat bentuk kerajaan baru sebelum 5 petang

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau mendapat sokongan 135 anggota Parlimen dan berharap dapat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh sebelum 5.00 petang ini (10 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir harap dapat bentuk kerajaan baru sebelum 5 petang

Gambar: REUTERS.

Diterbitkan : 10 May 2018 02:03PM Dikemas Kini : 10 May 2018 02:07PM

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau mendapat sokongan 135 anggota Parlimen dan berharap dapat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh sebelum 5.00 petang ini (10 Mei).

Beliau berkata bahawa terdapat keperluan mendesak untuk Yang di-Pertuan Agong melantiknya sebagai ketua eksekutif, lapor Malaysiakini.

Kata Dr Mahathir, anggota-anggota parlimen Pakatan Harapan sudah menandatangani pengisytiharan untuk menyokongnya sebagai perdana menteri sekali lagi.

"Kami mesti membentuk sebuah kerajaan kerana buat masa ini tiada kerajaan Malaysia.

“Kerajaan sementara sudah tiada sejak malam tadi,” kata beliau di sidang media yang diadakan di hotel Sheraton Petaling Jaya.

Malaysiakini melaporkan bahawa Dr Mahathir memetik perlembagaan persekutuan dengan berkata Yang di-Pertuan Agong harus melantik seorang anggota parlimen yang mendapat sokongan majoriti dewan sebagai perdana menteri.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan