Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir gembira Anwar kembali ke Parlimen

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau gembira Encik Anwar Ibrahim sudah kembali ke Dewan Rakyat selepas menang pada pilhan raya kecil Parlimen Port Dickson pada Sabtu lalu (13 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir gembira Anwar kembali ke Parlimen

Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara bersama The Associated Press pada 13 Ogos 2018.(Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 02:17PM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 02:19PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau gembira Encik Anwar Ibrahim sudah kembali ke Dewan Rakyat selepas menang pada pilhan raya kecil Parlimen Port Dickson pada Sabtu lalu (13 Okt).

“Kita memang sudah menjangka beliau akan kembali, kita tahu beliau akan menang....sudah tentu saya gembira. Beliau dari parti yang sama,” kata beliau kepada para wartawan di lobi Parliamen hari ini (15 Okt).

Encik Anwar mengalahkan enam calon lain termasuk calon PAS Encik Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk mantan menteri besar Negeri Sembilan Encik Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu beliau, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan memperoleh majoriti undi lebih besar sebanyak 23,560.

Encik Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat di hadapan Speaker Encik Mohamad Ariff Md Yusof sebaik sahaja Dewan Rakyat memulakan sidang mesyuarat kedua penggal pertama Parlimen ke-14.

Ditanya mengenai usaha yang sedang diambil kerajaan ke arah pemansuhan hukuman mati mandatori secara digantung sampai mati, Dr Mahathir berkata, “Hanya bercakap mengenainya sahaja tidak bermakna hukuman itu sudah dimansuhkan, Ia belum dimansuhkan lagi, kita kena tunggu sehingga akta mengenai perkara itu diluluskan,” kata Dr Mahathir.

Mengenai keputusan Malaysia membebaskan 11 tahanan Islam berketurunan etnik Uighur, beliau berkata: “Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan di negara ini, jadi mereka dibebaskan,” kata beliau.

Keputusan itu dikritik oleh Beijing.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan