Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir dijangka umum barisan kabinet penuh minggu ini

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad siang tadi (14 Mei) mengumumkan bahawa beliau berharap akan dapat menamakan barisan semua 10 anggota kabinet, menjelang minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2018 06:11PM Dikemas Kini : 14 May 2018 10:14PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad siang tadi (14 Mei) mengumumkan bahawa beliau berharap akan dapat menamakan barisan semua 10 anggota kabinet, menjelang minggu ini.

Dr Mahathir turut menegaskan semua dasar kerajaan lama akan disemak dan jenayah yang dilaporkan akan disiasat semula.

Sejajar dengan itu, PM Mahathir mengarahkan supaya semua dokumen kerajaan tidak dipindahkan atau dibakar.

Bercakap di sidang media di pejabatnya di Putrajaya petang tadi, PM Mahathir berkata
Pengerusi baru Suruhanjaya Pencegah Rasuah SPRM, diharap akan dapat dinamakan menjelang pagi esok (15 Mei).

Ini menyusuli perletakan jawatan Pengerusi SPRM Dzulkifli Ahmad.

Mengenai barisan kabinetnya, Dr Mahathir berkata PKR mengemukakan 10 nama untuk disenarai pendek ke dalam kabinetnya dan keputusan jawatan itu akan ditentukan Perdana Menteri.

Dr Mahathir juga mengumumkan usaha mendapatkan pengampunan bagi Anwar Ibrahim sedang diusahakan tetapi mungkin mengambil masa.

"Perjanjian kita untuk mendapatkan pengampunan kepada Datuk Seri Anwar akan diteruskan tetapi proses dan caranya akan diikuti. Walaupun sudah diputuskan mungkin akan terlewat sikit sidang lembaga pengampunan ini kerana kita nak ikut peraturan-peraturan," kata beliau.

Awal dari itu, Dr Mahathir mengadakan mesyuarat pertama dengan para pegawai kanan perkhidmatan awam.

Ini termasuk Ketua Setiausaha Negara Dr Ali Hamsa, semua ketua setiausaha dan ketua pengarah kementerian.

Ia bertujuan menjelaskan fungsi dan peranan kerajaan baru pimpinan Dr Mahathir.

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan