Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir bertegas tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh terkecuali daripada undang-undang.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir bertegas tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Diterbitkan : 26 Oct 2018 08:10AM Dikemas Kini : 26 Oct 2018 08:13AM

BANGKOK: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh terkecuali daripada undang-undang.

“Kami tiada niat hendak membalas dendam kepada sesiapa tetapi semua orang adalah tertakluk di bawah undang-undang, sama ada anda Perdana Menteri yang memerintah atau Perdana Menteri yang sudah bersara atau di Malaysia, raja-raja juga tertakluk kepada undang-undang negara,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan dua harinya ke Thailand pada Khamis (25 Okt).

Kerajaan katanya bukan bermain-main.

Dr Mahathir ditanya mengenai banyaknya tuduhan baru yang dikenakan terhadap mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Dr Irwan Siregar di mahkamah semalam (25 Okt).

Dr Mahathir juga ditanya sama ada Encik Anwar Ibrahim akan menggantikan beliau seperti dijanjikan, beliau berkata:

“Bagi saya, saya akan berundur. Itu janji saya," kata beliau.

Beliau berkata sebaik sahaja Encik Anwar mengambil alih kerajaan, beliau bebas memilih sesiapa sahaja untuk menjadi anggota kabinetnya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan