Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mahathir bantah keputusan Australia 'membahagikan' Baitulmakdis

Baitulmakdis harus kekal seperti sedia ada dan mana-mana negara tidak berhak untuk memutuskan ia harus menjadi ibu negara Israel atau dibahagikan, kata Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Mahathir bantah keputusan Australia 'membahagikan' Baitulmakdis

Dr Mahathir menyampaikan ucapan di Universiti Chulalongkorn di Bangkok. (Gambar: Soe Zeya Tun/Reuters)

Diterbitkan : 16 Dec 2018 08:38PM Dikemas Kini : 16 Dec 2018 08:41PM

BANGKOK: Baitulmakdis harus kekal seperti sedia ada dan mana-mana negara tidak berhak untuk memutuskan ia harus menjadi ibu negara Israel atau dibahagikan, kata Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad.

“Australia juga mahu membahagikan Baitulmakdis kepada Baitulmakdis Barat sebagai ibu negara Israel dan Baitulmakdis Timur sebagai ibu kota Palestin... Semua ini hanya akan membangkitkan kemarahan,” katanya selepas menerima ijazah doktor kehormat dalam satu acara di Bangkok hari ini (16 Dis).

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan Reuters di Bangkok berhubung keputusan Australia mengiktiraf Baitulmakdis Barat sebagai ibu negara Israel.

Bagaimanapun, negara itu tidak akan memindahkan kedutaannya ke sana sehingga perjanjian damai dicapai antara Palestin dengan Israel.

Semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura, bulan lalu, Dr Mahathir menzahirkan kebimbangannya dengan rakan sejawatan dari Australia, Jim Morrison, terhadap hasrat negara itu mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel.

“Kami perhatikan perkatakan yang digunakan disusun dengan sangat teliti. Namun, pada pandangan kebanyakan negara Arab, semua ini bukan sesuatu yang mereka boleh terima,” katanya.

Beliau berkata Baitulmakdis sentiasa berada di bawah Palestin dan mempersoalkan mengapa mereka mengambil usaha untuk membahagikan kota suci itu.

“Mereka tidak berhak... ia bukan milik mereka,” katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan