Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Maghribi selar kenyataan Netanyahu ingin luaskan petempatan

Maghribi mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis (12 Sep) bahawa beliau akan mengilhakkan Tebing Barat jika dipilih semula, lapor agensi berita Turki Anadolu yang memetik kenyataan Kementerian Luar Maghribi.

Anggaran Waktu Membaca:
Maghribi selar kenyataan Netanyahu ingin luaskan petempatan

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. (Gambar fail: Sebastian Scheiner/Reuters)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 11:31AM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 11:33AM

RABAT: Maghribi mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis (12 Sep) bahawa beliau akan mengilhakkan Tebing Barat jika dipilih semula, lapor agensi berita Turki Anadolu yang memetik kenyataan Kementerian Luar Maghribi.

Menurut kenyataan itu, pengumuman Encik Netanyahu adalah satu "pencetusan yang berbahaya serta pencabulan baru terhadap undang-undang dan ketetapan masyarakat antarabangsa."

Ia juga menyebut sebarang pencabulan ke atas hak-hak Palestin tidak dapat diterima dan mengulangi sokongan berterusan Maghribi kepada rakyat Palestin.

Pada awal minggu ini, Encik Netanyahu berjanji dalam satu perhimpunan jika memenangi pilihan raya yang bakal berlangsung pada 17 September, beliau akan mengilhakkan beberapa bahagian yang diduduki di Tebing Barat, termasuk kawasan utara Laut Mati dan Lembah Jordan.

Pengumuman itu mencetuskan pelbagai kritikan yang meluas dalam kalangan negara Arab dan Islam serta negara-negara lain.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan