Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Macron seru kerjasama biaya Perjanjian Iklim Paris

Presiden Perancis Emmanuel Macron hari ini (12 Dis) dijangka menggesa negara-negara kaya dunia dan syarikat-syarikat sejagat untuk meningkatkan pembiayaan kewangan bagi menangani perubahan iklim dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Macron seru kerjasama biaya Perjanjian Iklim Paris

Presiden Perancis Emmanuel Macron. (Gambar: AFP/bertrand GUAY)

Diterbitkan : 12 Dec 2017 10:26AM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 10:28AM

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron hari ini (12 Dis) dijangka menggesa negara-negara kaya dunia dan syarikat-syarikat sejagat untuk meningkatkan pembiayaan kewangan bagi menangani perubahan iklim dunia.

Seruan itu dibuat atas dasar mendesak negara-negara dunia supaya meningkatkan usaha bagi menangani pemanasan bumi serta membantu negara-negara miskin mengatasi kesan perubahan iklim.

Encik Macron menjadi tuan-rumah Sidang Puncak "One Planet" bertepatan ulang tahun kedua Perjanjian Iklim Paris yang menyaksikan hampir 200 pemerintah bersetuju untuk menamatkan pergantungan yang keterlaluan terhadap bahan api serta mengurangkan kadar pemanasan bumi.

Sekitar 50 pemimpin dunia dijangka menghadiri sidang puncak itu.

Amerika Syarikat akan hanya menghantar delegasinya dari kedutaannya di Paris, setelah Presiden Donald Trump menjelaskan pada Jun lalu, bahawa Washington memutuskan untuk menarik diri daripada perjanjian itu. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan