Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Macron percepat potongan cukai, kenaikan gaji demi 'detik bersejarah' Perancis

Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Isnin (10 Dis) berikrar untuk memotong cukai bagi para pesara serta menaikkan gaji mimimum negara pada bulan Januari, namun enggan menguatkuasakan semula cukai harta.

Anggaran Waktu Membaca:
Macron percepat potongan cukai, kenaikan gaji demi 'detik bersejarah' Perancis

Para penunjuk perasaan jaket kuning menonton ucapan yang disampaikan oleh Presiden Perancis Emmanuel Macron. (Gambar: Jean-Paul Pelissier/Reuters)

Diterbitkan : 11 Dec 2018 07:16AM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 07:20AM

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Isnin (10 Dis) berikrar untuk memotong cukai bagi para pesara serta menaikkan gaji mimimum negara pada bulan Januari, namun enggan menguatkuasakan semula cukai harta.

Encik Macron membuat ikrar tersebut sebagai respons kepada siri tunjuk perasaan yang mencabar kuasanya.

Mulai tahun depan, gaji minimum di Perancis akan dinaikkan sebanyak AS$113 (S$155) dan menurut Encik Macron, syarikat-syarikat di negara itu tidak perlu menanggung kenaikan gaji tersebut.

Ini adalah kali pertama beliau menyampaikan ucapan kepada negara itu sejak tunjuk-tunjuk perasaan anti-pemerintah dilancarkan di merata negara tersebut sebulan yang lalu.

Encik Macron bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak akan menguatkuasakan semula cukai harta, yang menjadi tuntutan utama para penunjuk perasaan 'jaket kuning'. Beliau sebaliknya berikrar akan membasmi penipuan cukai.

Namun, Encik Macron bersetuju dengan sesetengah keprihatinan para penunjuk perasaan.

Beliau juga berkata kenaikan pada cukai keselamatan sosial bagi para pesara yang meraih pendapatan kurang AS$2,270 (S$3,119) setiap bulan, seperti yang dirancangkan sebelum ini, akan dibatalkan.

"Kami akan mengambil langkah-langkah kukuh bagi memberi respons kepada isu ekonomi dan sosial yang memerlukan tindakan segera.

"Kami akan melakukan demikian dengan memotong cukai dengan lebih pantas, dengan mengawal perbelanjaan kami, tetapi kami tidak akan melakukan perubahan yg berlawanan dalam dasar-dasar," tegas Encik Macron dalam ucapannya kepada negara itu menerusi siaran televisyen.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan