Macron, Merkel peringati ulang tahun ke-100 tamatnya Perang Dunia Pertama
Para pemimpin Perancis dan Jerman memperingati berakhirnya Perang Dunia pertama dengan berkunjung ke tapak di mana perjanjian damai dimeterai bagi menamatkan peperangan.
COMPIEGNE: Para pemimpin Perancis dan Jerman memperingati berakhirnya Perang Dunia pertama dengan berkunjung ke tapak di mana perjanjian damai dimeterai bagi menamatkan peperangan.
Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Angela Merkel meletakkan jambangan bunga sebagai menghormati askar-askar yang tumbang dalam medan perang.
Lawatan itu menandakan yang pertama bagi seorang pemimpin Jerman dalam masa hampir 80 tahun ke tapak di utara Perancis itu.
Lebih tiga juta askar Perancis dan askar Jerman adalah di kalangan 10 juta askar yang terkorban dalam perang dunia pertama selama empat tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.