Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Macron ikrar bangunkan Notre-Dame 'lebih cantik' dalam 5 tahun

Presiden Perancis Emmanuel Macron berikrar akan membangunkan semula Gereja Besar Notre-Dame di Paris dalam "tempoh lima tahun akan datang". 

Anggaran Waktu Membaca:
Macron ikrar bangunkan Notre-Dame 'lebih cantik' dalam 5 tahun

Presiden Perancis Emmanuel Macron berikrar akan membangunkan semula Gereja Besar Notre-Dame di Paris.

Diterbitkan : 17 Apr 2019 03:43PM Dikemas Kini : 17 Apr 2019 03:47PM

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron berikrar akan membangunkan semula Gereja Besar Notre-Dame di Paris dalam "tempoh lima tahun akan datang".

Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen, Encik Macron mengucapkan terima kasih kepada para anggota bomba, polis dan mereka yang sudah mengikrarkan dana bagi membangunkan semula mercu tanda ikonik di ibu kota Perancis itu.

Gereja Notre-Dame yang berusia 850 tahun, mengalami kerosakan besar akibat satu kebakaran kelmarin.

Usaha kini ditumpukan kepada kerja-kerja membangunkan semula gereja besar itu.

Syarikat-syarikat insurans terbesar di Eropah menjangkakan negara itu akan menanggung sebahagian besar kos pembangunan semula Notre- Dame.

Menurut para pakar, projek pembangunan itu akan mengambil masa beberapa tahun dan kosnya mungkin akan jelas dalam masa setahun.

Sementara itu, sehingga Selasa (16 Apr) dana yang diikrarkan bagi membangunkan semula Notre-Dame sudah mencecah AS$790 juta (S$1 bilion). Ini termasuk penderma privet dari Jerman, Itali dan Rusia yang turut menawarkan kepakaran masing-masing.

Encik Macron berkata Perancis akan melancarkan satu kempen mengutip dana bagi usaha tersebut, yang mungkin memerlukan bantuan antarabangsa. 

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan