Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia usul undang-undang ‘perangi’ Mat Rempit

Kementerian Ehwal Dalam Negeri Malaysia membentangkan rang undang-undang baru untuk mengekang kelakuan anti-sosial, khususnya gejala 'Mat Rempit', iaitu lumba haram di jalan raya.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia usul undang-undang ‘perangi’ Mat Rempit

Timbalan Menteri Ehwal Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed. (Gambar fail: Facebook)

Diterbitkan : 04 Feb 2018 12:13PM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 12:19PM

JOHOR BARU: Kementerian Ehwal Dalam Negeri Malaysia membentangkan rang undang-undang baru untuk mengekang kelakuan anti-sosial, khususnya gejala 'Mat Rempit', iaitu lumba haram di jalan raya.

Timbalan Menteri Ehwal Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata, polis akan diberi kuasa untuk menahan atau mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebabkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap orang awam di bawah Akta Kelakuan Anti-Sosial.

Buat masa ini, tindakan hanya boleh diambil jika seseorang 'Mat Rempit' melakukan kesalahan.

Encik Nur Jazlan memberitahu para wartawan bahawa dengan penguatkuasaan undang-undang baru tersebut, polis boleh mengambil tindakan untuk menyuraikan kumpulan mereka dan memberkas mereka yang tetap berdegil.

Encik Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, memberikan komen tersebut terhadap kenyataan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, yang murka dengan kumpulan 'Mat Rempit' yang menyalahgunakan sebahagian Jalan Pantai Lido di depan Hospital Sultanah Aminah sebagai tempat lumba haram.

Sumber : Bernama/CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan