Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia usul Masjid Wilayah Persekutuan diangkat sebagai 'kembar' Masjid Al-Aqsa

Langkah itu menyusuli tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel pada minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia usul Masjid Wilayah Persekutuan diangkat sebagai 'kembar' Masjid Al-Aqsa

Masjid Wilayah Persekutuan Malaysia. (Gambar: Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Facebook)

Diterbitkan : 11 Dec 2017 02:04PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 02:13PM

KUALA LUMPUR: Sebagai tanda perpaduan dengan rakyat Palestin, Masjid Wilayah Persekutuan dengan rasminya diiktiraf sebagai "masjid angkat" Masjidil Aqsa di Palestin - lokasi ketiga paling suci dalam Islam.

Langkah itu menyusuli tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel pada minggu lalu, lapor laman New Straits Times (NST).

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia Jamil Khir Baharon berkata inisiatif itu menekankan sokongan yang diperlukan oleh rakyat Palestin daripada umat Muslim, untuk menolak perisytiharan Presiden Donald Trump ke atas Baitulmakdis pada 6 Disember, lapor NST.

"Pengumuman yang dibuat oleh Encik Trump itu menyalahi dan melanggar undang-undang antarabangsa.

"Kami pada awalnya mahu mengumumkan Masjid Wilayah sebagai masjid kembar kepada Masjidil Aqsa namun memandangkan kedudukannya begitu tinggi berbanding masjid kita, kami menamakan Masjid Wilayah sebagai masjid sokongan kepada masjid ketiga paling suci dalam Islam," kata beliau.

Berucap kepada para wartawan semasa Forum Antarabangsa MyAqsa berhubung Perisytiharan Balfour yang ke-100 tahun, Encik Jamil Khir berkata pengiktirafan Masjid Wilayah sebagai masjid kembar kepada Masjidil Aqsa akan menarik perhatian kepada perlunya mencapai keadilan bagi penduduk Palestin.

Beliau berkata Perdana Menteri Malaysia Najib Razak juga menghadiri beberapa sesi antarabangsa untuk menekankan suara-suara rakyat Malaysia dan masyarakat Islam dalam memastikan keputusan Encik Trump ditolak bulat-bulat, lapor NST

"Masjid yang kami sokong ini memerlukan bantuan kita sekarang.

"Jika kita boleh bercakap tentang Rohingya, rakyat Syria, Libya, Yaman dan Mesir, apa lagi masjid ketiga paling suci dalam Islam?

"Saya berharap dengan forum-forum seperti ini, kesedaran mengenai isu ini tersebar (luas) dan kami boleh terus bersatu untuk mencapai kebebasan bagi Masjidil Aqsa dan Baitulmakdis," tambah Encik Jamil Khir.

Dalam satu jawapan bertulis kepada MyAqsa, Ketua Imam Masjidil Aqsa Sheikh Dr Ekrima Said Sabri berkata beliau mengalu-alukan keputusan untuk mengiktiraf Masjid Wilayah sebagai masjid yang menyokong Masjidil Aqsa.

"Saya menghargai dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin," kata beliau pada Sabtu (9 Dis). 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan