Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia siasat pegawai imigresen yang didakwa koyakkan pasport lelaki S'pura

Jabatan Imigresen Malaysia Johor mengesahkan satu siasatan sedang dijalankan terhadap seorang pegawainya yang didakwa mengoyakkan pasport seorang lelaki rakyat Singapura dan tidak membenarkan beliau masuk ke Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia siasat pegawai imigresen yang didakwa koyakkan pasport lelaki S'pura

Pasport Encik Muhammad Fauzi yang dikoyak. (Gambar: Muhammad Fauzi/Facebook)

Diterbitkan : 09 Oct 2018 08:37PM Dikemas Kini : 09 Oct 2018 08:40PM

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia Johor mengesahkan satu siasatan sedang dijalankan terhadap seorang pegawainya yang didakwa mengoyakkan pasport seorang lelaki rakyat Singapura dan tidak membenarkan beliau masuk ke Malaysia.

Pengarah Imigresen Johor Rohaizi Bahari berkata, pihaknya memandang serius kes itu dan sedang meneliti bahan bukti, termasuk rakaman kamera televisyen litar tertutup.

Jabatan tersebut mengesahkan menerima aduan mengenai insiden itu pada 25 September dan sudah memulakan siasatan terhadap salah laku membabitkan pegawai imigresen yang dituduh merosakkan pasport seorang warga asing.

Encik Muhammad Fauzi, seorang rakyat Singapura mendakwa dalam satu catatan Facebook bahawa pasportnya dikoyakkan oleh seorang pegawai imigresen Malaysia di kaunter masuk Linkedua, bangunan Sultan Abu Bakar di Tuas.

Menurut Encik Muhammad Fauzi pegawai itu mengancam untuk tidak membenarkannya masuk Malaysia kecuali "Saya membayarnya duit kopi".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan