Images
  • 1mdb reuters
    (Gambar: Reuters)

M'sia siasat 80 individu, syarikat dalam kes 1MDB: Ketua anti-rasuah

KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan siasatan terhadap sekitar 80 individu dan entiti yang didakwa menerima wang daripada dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang sedang disiasat atas rasuah dan pengubahan wang haram. Demikian menurut ketua anti-rasuah Malaysia Pada Isnin (7 Okt).

Ketua Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia, Latheefa Koya, memberitahu para wartawan bahawa agensi itu menyasarkan untuk mendapatkan semula RM420 juta (S$138 juta) daripada para individu dan entiti tersebut.

Individu-individu itu termasuk Nazir Razak, mantan pengerusi CIMB dan abang kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak serta Shahrir Abdul Samad, mantan pengerusi agensi kelapa sawit negara, Felda.

- BERNAMA/HA/ha

Top