Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia sedia cari semula MH370 jika ada bukti kukuh: Anthony Loke

Kerajaan Malaysia sedia memulakan semula usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak empat tahun lepas, jika ada bukti kukuh mengenai keberadaannya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia sedia cari semula MH370 jika ada bukti kukuh: Anthony Loke

Gambar: LAI SENG SIN/REUTERS

Diterbitkan : 30 Nov 2018 11:54AM Dikemas Kini : 30 Nov 2018 11:56AM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia sedia memulakan semula usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak empat tahun lepas, jika ada bukti kukuh mengenai keberadaannya, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Kerajaan telah menyatakan bahawa jika ada bukti kukuh dan penemuan meyakinkan bahawa kita dapat mencari pesawat itu, kita akan mempertimbangkan semula.

“Kita tidak menutup sepenuhnya ruang untuk kemungkinan meneruskan misi pencarian, tetapi kerajaan tidak boleh buat pencarian sepanjang masa, tanpa bukti kukuh,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis (29 Nov).

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Misi mencari pesawat hilang itu di Lautan Hindi meliputi kawasan 120,000 kilometer persegi melibatkan Australia, China dan Malaysia tidak membuahkan hasil.
Satu lagi misi pencarian diusahakan Ocean Infinity, syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, namun ditamatkan pada 29 Mei lalu tanpa sebarang penemuan.

Encik Loke berkata beliau akan bertemu dengan sekumpulan waris penumpang dan anak kapal MH370 yang dilapor akan menyerahkan apa yang didakwa penemuan serpihan-serpihan baru kepada beliau. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan