Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia sedia bantu proses keamanan di selatan Filipina

Malaysia mengucapkan tahniah kepada Filipina kerana meluluskan Undang-Undang Organik Bangsamoro di wilayah Islam Mindanao.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jul 2018 06:36PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 10:10PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengucapkan tahniah kepada Filipina kerana meluluskan Undang-Undang Organik Bangsamoro di wilayah Islam Mindanao.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte meluluskan undang-undang itu Khamis lalu (26 Jul) yang membolehkan penduduk minoriti Islam di selatan Filipina membentuk pemerintahan sendiri menjelang 2022.

Kementerian Luar Malaysia menyifatkan penggubalan undang-undang itu sebagai sejarah penting buat Filipina.

“Malaysia akan terus membantu dengan memainkan peranan sebagai Pemudah Cara Pihak Ketiga dalam proses keamanan di Selatan Filipina demi keselamatan dan kestabilan negara itu serta rantau ini,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian tersebut.

Malaysia juga akan terus membantu dari segi pembangunan program untuk rakyat Bangsamoro bagi menyediakan mereka ke arah kestabilan politik masyarakat itu.

Penggubalan undang-undang tersebut dilihat sebagai langkah untuk menangani golongan ekstremis dan mengakhiri konflik pemisah selama setengah abad di selatan Filipina. 

Sumber : Bernama/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan