Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia sasar larangan beg plastik dalam tempoh setahun ini

Kerajaan Malaysia akan berusaha untuk terus mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai sebelum memperkenalkan larangan penggunaan beg plastik sepenuhnya di seluruh negara dalam tempoh setahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia sasar larangan beg plastik dalam tempoh setahun ini

(Gambar: FRED DUFOUR/AFP)

Diterbitkan : 28 May 2018 12:18PM Dikemas Kini : 28 May 2018 12:21PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan berusaha untuk terus mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai sebelum memperkenalkan larangan penggunaan beg plastik sepenuhnya di seluruh negara dalam tempoh setahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dalam satu wawancara yang diterbitkan Malaysiakini hari ini (28 Mei).

Cik Zuraida percaya bahawa kesedaran mengenainya masih agak rendah, meskipun larangan serupa sudahpun berkuat kuasa di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka dan Johor.

"Rakyat Malaysia masih memiliki tabiat ingin memperoleh sesuatu dengan mudah, mereka mahu beg plastik untuk membawa pulang barangan mereka," kata beliau sambil menambah bahawa orang ramai harus memberi kerajaan masa untuk menganjurkan program-program mendampingi dan mendidik orang ramai.

Pada Februari lalu, anggota politik Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad mengkritik rancangan Barisan Nasional untuk 'memperkenalkan semula beg plastik di Selangor' dengan menyifatkannya sebagai 'tidak baik bagi masa depan' disebabkan jumlah sisa yang akan dihasilkan.

Dalam satu video Facebook, Perdana Menteri Malaysia itu menambah bahawa parti beliau menggalakkan penggunaan beg guna semula.

Membuat perbandingan antara kedua-dua parti, Dr Mahathir berkata: "Barisan Nasional ketinggalan zaman, mencemar sekitaran dengan plastik tetapi Pakatan Harapan adalah untuk masa depan, di mana beg seperti ini (beg guna semula) akan berulang kali digunakan."

Persatuan Pengilang Plastik Malaysia menyatakan pada bulan April bahawa setiap rakyat Malaysia, secara purata, membuang 300 beg plastik setiap tahun. 

Sumber : CNA/Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan