Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia sahkan kes ke-19 COVID-19, dikaitkan dengan pesakit lalu

Satu lagi kes positif virus korona COVID-19 disahkan di Malaysia, menjadikan jumlah kes positif di negara itu meningkat kepada 19, setakat 3.00 petang pada Khamis (13 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia sahkan kes ke-19 COVID-19, dikaitkan dengan pesakit lalu

(Gambar fail: Reuters/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 13 Feb 2020 09:30PM Dikemas Kini : 13 Feb 2020 09:34PM

KUALA LUMPUR: Satu lagi kes positif virus korona COVID-19 disahkan di Malaysia, menjadikan jumlah kes positif di negara itu meningkat kepada 19, setakat 3.00 petang pada Khamis (13 Feb).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes terbaru itu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, yang merupakan rakan kepada kes ke-14 dan anak kepada kes ke-16.

Beliau berkata wanita itu bersama empat individu lain tiba di Malaysia dari Wuhan, China pada 25 Jan lalu.

“Sebaik sahaja dua kes terdahulu dikesan positif (kes ke-14 dan ke-16), masing-masing pada 5 Feb dan 7 Feb, wanita itu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemantauan.

“Hasil pemantauan berterusan terhadap wanita itu oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Lembah Pantai, mendapati beliau mula mengalami gejala demam dan batuk pada 12 Feb lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata wanita itu dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menerima rawatan dan siasatan selanjutnya.

Beliau berkata ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19 yang dijalankan terhadap wanita itu dilaporkan positif pada hari yang sama.

“Wanita itu kini dimasukkan ke wad isolasi di HKL dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata Pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) Kementerian Kesihatan (KKM) digerakkan sejak 6 Feb menyusuli Misi Bantuan Kemanusiaan bagi membawa pulang rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka dari Wuhan, China pada 4 Feb.

Katanya, pasukan itu memberi perkhidmatan sokongan psikososial kepada individu yang diletakkan di bawah perintah pemantauan, petugas KKM dan agensi lain yang turut sama terlibat.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan