Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia sahkan 31 kes baru COVID-19, termasuk 3 kes import

Sebanyak 31 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini (14 Sep), membabitkan 28 kes penularan dalam negara dan tiga kes import, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 9,946, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia sahkan 31 kes baru COVID-19, termasuk 3 kes import

Orang ramai memakai pelitup di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 21 Mei 2020. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 07:07PM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 07:12PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 kes baru COVID-19 dilaporkan di Malaysia hari ini (14 Sep), membabitkan 28 kes penularan dalam negara dan tiga kes import, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 9,946, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada 28 kes penularan tempatan, 19 kes adalah warga Malaysia manakala sembilan lagi bukan warga negara itu, dengan 23 kes di Sabah, empat di Negeri Sembilan melibatkan Kluster Bunga dan satu kes di Kluster Sungai, Kedah.

“Di Sabah, 17 kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu (LD) dengan lapan kes melibatkan bukan warganegara, satu kes saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai, satu kes saringan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) di Hospital Lahad Datu.

“Satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Kudat, satu kes saringan rujukan ke Hospital Tawau, satu kes saringan kontak rapat bagi kes ke-9,454 iaitu anak kepada kes ke-9,454, dan satu kes saringan tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Bagi tiga kes import pula, Dr Noor Hisham berkata kesemuanya adalah dari Indonesia melibatkan dua kes warga Malaysia di Sabah dan satu kes warga Indonesia di Kuala Lumpur, yang memasuki negara itu pada 31 Ogos lepas. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan