Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia rasmikan pembinaan laluan RTS S'pura-Johor di stesen Bukit Chagar

Malaysia melancarkan secara rasmi pembinaan projek Sistem Gerak Cepat (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura hari ini (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Nov 2020 08:18PM Dikemas Kini : 22 Nov 2020 09:10PM

JOHOR BAHRU: Malaysia melancarkan secara rasmi pembinaan projek Sistem Gerak Cepat (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura hari ini (22 Nov).

Upacara pecah tanah dilakukan di kawasan Bukit Chagar di mana akan terletak Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin CIQ bagi sistem kereta api RTS itu.

Ia diadakan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Sultan Johor. Upacara itu turut dihadiri Menteri Besar Johor dan Menteri Pengangkutan Malaysia.

Projek yang lama tertangguh itu, disambung semula selepas Malaysia dan Singapura bersetuju untuk meneruskannya pada 30 Julai lalu.

Syarikat Adil Permata dilantik untuk menjalankan kerja-kerja awal pembinaan projek itu di Johor Bahru. Kos pembangunan projek RTS berjumlah sekitar RM3.7 bilion (S$1.2 bilion) dengan kos pembinaan sahaja dianggarkan sekitar RM2 bilion (S$655 juta).

40 peratus daripadanya akan diperuntukkan kepada kontraktor Bumiputera. Kos itu termasuk pembinaan sebuah kompleks CIQ setinggi empat tingkat.

Apabila siap pada hujung 2026, sistem pengangkutan ulang-alik rentas sempadan itu akan membantu mengurangkan kesesakan di Koswe.

Masa perjalanan antara Woodlands dengan Johor Bahru dapat dikurangkan kepada sekitar 6 minit sahaja. 

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan