Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia pulangkan produk sardin ke China selepas cacing ditemui

Produk sardin di dalam tin dari China yang disahkan mengandungi cacing pembawa penyakit kepada manusia, akan dikembalikan kepada negara pengeksport, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia pulangkan produk sardin ke China selepas cacing ditemui

Tin sardin Ranessa. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 08:59PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 09:03PM

PUTRAJAYA: Produk sardin di dalam tin dari China yang disahkan mengandungi cacing pembawa penyakit kepada manusia, akan dikembalikan kepada negara pengeksport, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi, sardin di dalam tin berjenama RANESA itu pernah diimport oleh Malaysia namun tiada insiden penemuan cacing. 

"Untuk sardin jenama sama yang sudah ada di pasaran, ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan untuk tindakan. Bagi dua kontena yang telah ditahan itu kita akan pulangkan semula kepada mereka (China).

"Justeru, syabas kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) atas kecekapan mengesan dua buah kontena membawa produk sardin tin (import) dari China yang mengandungi cacing," katanya kepada para wartawan di pejabatnya hari ini (27 Jun).

Pada 14 Mei lalu, MAQIS menemui cacing yang boleh menyebabkan penyakit anisakiasis kepada manusia di dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk menerusi North Butterworth Container Terminal (NBCT) Pulau Pinang.

Cacing terbabit ditemui menerusi pemeriksaan fizikal dan pensampelan ke atas beberapa tin sardin yang tiba di dalam dua kontena berisi 'Canned Mackerel in Tomato Sauce' jenama RANESA yang ditahan di NBCT dengan anggaran berat 36,720 kilogram bernilai kira-kira RM200,000 (S$67,690)

Mengulas lanjut, Encik Salahuddin berkata pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap produk dan jenama  makanan  lain terutamanya sardin di dalam tin di 57 pintu masuk seluruh negara akan dipergiat dengan bantuan MAQIS bagi memastikan produk terbabit menepati piawaian ditetapkan.

Kerajaan bukan saja bertanggungjawab untuk menyediakan bekalan makanan yang mencukupi tetapi harus memastikan ia berkualiti serta bebas ancaman yang memudaratkan, katanya.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan