Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia peruntuk RM2.25 bilion sedia bantuan perumahan bagi golongan miskin

Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM2.25 bilion (S$724 juta) bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia peruntuk RM2.25 bilion sedia bantuan perumahan bagi golongan miskin

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Sep 2021 05:39PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 05:40PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM2.25 bilion (S$724 juta) bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata peruntukan itu adalah untuk membina dan membaik pulih 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, melibatkan 75,000 unit rumah di kawasan luar bandar dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar bagi tempoh 2021 hingga 2025.

“Bagaimanapun, ia tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO),” katanya ketika membentangkan RMK12 yang bermatlamat ‘Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif, Mampan’, di Dewan Rakyat hari ini (27 Sep).

Beliau berkata kerajaan juga akan membina 500,000 unit lagi rumah mampu milik bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah selaras Dasar Perumahan Negara.

Di samping itu, kerajaan juga akan menambah baik kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO) bagi memastikan golongan tersebut tidak terbeban dengan bayaran ansuran.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan