Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia mohon ekstradisi lelaki seludup senjata api di Pakistan

Malaysia akan memohon lelaki yang ditahan disyaki menyeludup  senjata api di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan, diesktradisi ke Malaysia supaya siasatan dari aspek perundangan dan keselamatan dapat dilaksanakan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia mohon ekstradisi lelaki seludup senjata api di Pakistan

Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 28 Dec 2017 05:27PM Dikemas Kini : 28 Dec 2017 05:38PM

TEBEDU: Malaysia akan memohon lelaki yang ditahan disyaki menyeludup  senjata api di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, Pakistan, diesktradisi ke Malaysia supaya siasatan dari aspek perundangan dan keselamatan dapat dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat kerjasama Interpol untuk memperoleh maklumat terperinci tentang penahanan warga Malaysia dari Sarawak itu.

Dengan adanya kerjasama Malaysia dan Pakistan, pendakwaan akan dapat ditentukan, katanya kepada wartawan selepas melakukan lawatan rasmi ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

Lelaki itu dilaporkan ditahan pada Jumaat lalu (22 Dis), di lapangan terbang berkenaan,bersama empat pucuk pistol, lapan kelongsong peluru dan 70 peluru yang disembunyikan di dalam bagasi serta tapak kasutnya.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan