Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia masih larang perjalanan rentas negeri

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan Sarawak disambung dua minggu lagi, manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia masih larang perjalanan rentas negeri

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 31 Mar 2021 10:24AM Dikemas Kini : 31 Mar 2021 10:29AM

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan Sarawak disambung dua minggu lagi, manakala rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Encik Ismail Sabri Yaakob berkata pengekalan status berkenaan di Sarawak bermula 30 Mac hingga 12 April manakala di lima negeri lagi bermula Khamis ini sehingga 14 April.

“Negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Labuan turut disambung berkuat kuasa tarikh yang sama.

Larangan rentas negeri masih lagi berkuat kuasa, hanya rentas daerah dibenarkan, kecuali di Sabah dan Sarawak yang masih tidak dibenarkan atas permintaan kerajaan negeri masing-masing,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa (30 Mac).

Encik Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat selepas sidang Khas Majlis Keselamatan Negara mendengar pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi serta penilaian risiko bagi tempoh 14 hari pelaksanaan PKPB serta PKPP di negeri-negeri seluruh negara.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan