Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia mansuhkan GST: Dari 6% kepada 0% jelang 1 Jun

Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataan medianya hari ini (16 Mei) mengumumkan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan sama sekali - bermakna daripada kadar enam peratus sekarang, kepada kadar sifar menjelang 1 Jun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 May 2018 05:30PM Dikemas Kini : 16 May 2018 10:01PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataan medianya hari ini (16 Mei) mengumumkan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan sama sekali - bermakna daripada kadar enam peratus sekarang, kepada kadar sifar menjelang 1 Jun.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau mengarahkan kerajaan untuk menghentikan kutipan GST.

Pemansuhan GST merupakan sebahagian daripada manifesto kerajaan baru Pakatan Harapan yang berikrar akan melaksanakannya dalam tempoh 100 hari, lapor Malaysiakini.

Hari ini menandakan hari ketujuh Pakatan Harapan berkuasa selepas ia menamatkan pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional yang menerajui negara sejak kemerdekaan sehingga pilihan raya umum 9 Mei lalu. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan