Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia mampu manfaatkan 5G dalam masa 3 tahun, dedah Mahathir

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa Malaysia mampu memanfaatkan teknologi 5G dalam tiga tahun akan datang. 

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia mampu manfaatkan 5G dalam masa 3 tahun, dedah Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 09:40AM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 09:48AM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yakin bahawa Malaysia mampu memanfaatkan teknologi 5G dalam tiga tahun akan datang.

Ia boleh dicapai dengan persiapan yang diperlukan berada di tempatnya untuk memudahkan transformasi teknologi.

“Malaysia mampu untuk memanfaatkan 5G dalam tiga tahun akan datang, membolehkan negara ini melangkah lebih jauh dan melonjakkan ekonominya ke arah pertumbuhan yang kukuh,” katanya di pelancaran Pameran 5G Malaysia pada Khamis (18 Apr).

Dr Mahathir berkata Malaysia sudah membangun dan masih ada ruang untuk peningkatan, dan tambahan inisiatif pada hari ini adalah asas untuk Malaysia mara ke dalam era baharu dan satu asas penting untuk kekal relevan dan berdaya saing.

“Perniagaan adalah pemegang kepentingan utama kami dan kami perlu terus mempertingkat persekitaran supaya perniagaan menjadi maju.

"Inilah di mana kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan dengan memastikan kesalinghubungan yang sentiasa ada, menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan menubuhkan Pasukan Petugas 5G Kebangsaan pada November 2018 untuk mengenal pasti potensi kegunaan 5G, membincangkan halangan untuk menggunakan teknologi baharu ini dan menyediakan idea dan penyelesaian untuk pelaksanaan 5G di dalam negara ini, katanya.

Dr Mahathir berkata 5G menandakan satu titik fleksi dalam komunikasi akan datang yang membawa negara ke satu dimensi yang kadang-kadang melampaui imaginasi. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan