Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia mahu naik taraf flat lama guna model S'pura

Skim itu juga akan membolehkan para penduduk sekarang sama ada berpindah ke rumah baru atau mendapatkan pampasan daripada kerajaan kerana terpaksa berpindah.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia mahu naik taraf flat lama guna model S'pura

Kerajaan Malaysia mahu menaik taraf flat-flat lama. (Gambar: MALAY MAIL ONLINE

Diterbitkan : 31 Dec 2017 10:00PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 10:04PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia merancang untuk menaik taraf flat-flat lama di negara itu dengan mencontohi Skim Pembangunan Semula Secara Kelompok Terpilih (SERS) yang dilaksanakan oleh negara jirannya, Singapura.

Demikian menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Noh Omar.

Beliau dipetik oleh akhbar New Straits Times (NST) sebagai berkata flat-flat lama akan dirobohkan dan dibangunkan semula.

Skim itu juga akan membolehkan para penduduk sekarang sama ada berpindah ke rumah baru atau mendapatkan pampasan daripada kerajaan kerana terpaksa berpindah.

"Kerja-kerja menaik taraf rumah-rumah seperti itu tidak dapat dielakkan kerana ia dibina 30 hingga 40 tahun lalu, sewaktu ia dikhususkan buat mereka yang kurang berkemampuan," katanya seperti yang dipetik NST.

Encik Noh menambah di bawah skim baru itu, flat-flat lama akan dibangunkan semula dan memenuhi permintaan-permintaan seperti lebih banyak tempat meletak kenderaan.

"Bagaimanapun, taraf kehidupan penduduk ini sudah jauh lebih baik. Setiap keluarga bukan setakat memiliki sebuah malah beberapa kereta memandangkan anak-anak mereka yang tinggal bersama mereka juga mempunyai kereta sendiri.

"Itulah sebabnya mengapa berlaku kesesakan di kawasan-kawasan perumahan ini," ujar beliau.

Encik Noh juga mendedahkan rancangan kementeriannya untuk mengadakan konvensyen pada bulan depan untuk terus membincangkan isu pembangunan semula perumahan. Ini termasuk menggubal Akta Pembangunan Semula Perumahan.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan