M'sia lapor lebih 19,000 kes baru COVID-19; tertinggi sejak pandemik melanda
Kes baru COVID-19 melonjak kepada 19,819 kes dalam tempoh 24 jam lalu, tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia pada Februari tahun lalu.
Askar memakai peralatan perlindungan peribadi menyembur cecair pembasmi kuman di sebuah kawasan yang berada di bawah perintah berkurung diperketat di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 29 Jun 2021. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)
KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 melonjak kepada 19,819 kes dalam tempoh 24 jam lalu, tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia pada Februari tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Facebook berkata perangkaan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2,714 kes berbanding 17,105 kes yang direkodkan semalam (3 Ogos).
Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara itu sebanyak 1,183,110 kes.
Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 8,377 kes diikuti Kuala Lumpur (2,467); Kedah (1,371); Johor (1,162); Kelantan (1,003) dan Sabah (949).
Pulau Pinang pula mencatatkan 867 kes, diikuti Negeri Sembilan (800); Perak (662); Pahang (558); Sarawak (552); Melaka (508); Terengganu (481); Putrajaya (46); Perlis (11) dan Labuan (lima).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.