Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia lapor 9 kes baru COVID-19, 2 penularan tempatan

Sebanyak sembilan kes baru positif COVID-19 dikesan hari ini (1 Ogos) di Malaysia, berbanding 12 semalam dengan tujuh daripadanya adalah kes import dan dua lagi penularan tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 9 kes baru COVID-19, 2 penularan tempatan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Aug 2020 07:50PM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 07:52PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak sembilan kes baru positif COVID-19 dikesan hari ini (1 Ogos) di Malaysia, berbanding 12 semalam dengan tujuh daripadanya adalah kes import dan dua lagi penularan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baru itu menjadikan jumlah kumulatif kini 8,985 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 213 kes.

Kes import itu melibatkan lima warganegara dan dua bukan warganegara, manakala kes penularan tempatan pula masing-masing seorang warga tempatan dan warga asing.

“Perincian kes penularan dalam negara membabitkan warganegara adalah di negeri Kedah. Kes itu daripada Kluster PUI Sivagangga.

“Bagi kes bukan warganegara pula adalah di negeri Selangor dan kes itu daripada Kluster Bukit Tiram,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata terdapat tiga kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pulih sepenuhnya sebanyak 8,647 kes atau 96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Tambahnya, terdapat hanya dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan satu daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif maut akibat wabak itu kekal sebanyak 125 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Mengenai satu kes baru melibatkan kluster Bukit Tiram hari ini, Dr Noor Hisham berkata, ia merupakan kes pertama kluster itu yang dikesan di luar Johor.

“Kes positif yang dilaporkan pada hari ini (kes ke-8,977) merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8,893 (Kluster Bukit Tiram) dari negeri Johor.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan