Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia lapor 85 kes baru COVID-19; lagi 169 pesakit pulih

Selepas hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kes positif harian COVID-19 menurun kepada dua angka iaitu 85 kes berbanding tiga angka pada hari-hari sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 85 kes baru COVID-19; lagi 169 pesakit pulih

Kakitangan kesihatan di M'sia kelihatan berpakaian PPE (Gambar: REUTERS/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 15 Apr 2020 09:16PM Dikemas Kini : 15 Apr 2020 09:27PM

PUTRAJAYA: Selepas hampir sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kes positif harian COVID-19 menurun kepada dua angka iaitu 85 kes berbanding tiga angka pada hari-hari sebelumnya.

Malah, jumlah kes pulih harian adalah 169 kes, dua kali ganda lebih tinggi berbanding kes baru yang direkodkan hari ini (15 Apr).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan 169 kes pulih itu, ia menjadikan jumlah kumulatif terkini kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan dibenarkan pulang daripada wad adalah sebanyak 2,647 kes (52.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

"Sehingga 12.00 tengah hari, terdapat 85 kes baru yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,072 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,342 kes.

"Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya di sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata terdapat pertambahan satu kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di Malaysia sebanyak 83 kes iaitu 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya lagi, kematian ke-83 (kes ke-4,988) merupakan lelaki tempatan berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

"Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 21 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 6.41 pagi tadi," katanya yang turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa tersebut.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, 56 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan