Images
  • malaysia covid-19
    (Gambar: Reuters)

M'sia lapor 54 kes baru COVID-19; kelompok baru di tapak binaan Selangor

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia hari ini (9 Mei) melaporkan 54 kes baru COVID-19, dengan satu kes import baru.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia kepada 6,589.

"Jumlah jangkitan tempatan adalah 53 kes, dengan tiga daripadanya dikesan daripada kelompok dan kawasan setempat di bawah perintah sekatan pergerakan," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menambah 45 daripada kes baru adalah warga asing.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan satu lagi kes kematian baru, membawa jumlah kematian secara keseluruhan kepada 108 orang.

65 lagi pesakit dibenrkan pulang sementara 18 lagi masih di unit jagaan rapi, dengan enam daripada mereka mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Malaysia juga melaporkan kelompok baru melibatkan 12 kes di sebuah tapak binaan di Setia Alam, Selangor.

Tambanya,mereka yang dijangkiti merupakan rakyat Bangladesh dan ujian lanjut terhadap lebih banyak pekerja sedang dijalankan.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- CNA/UR/tq

Top