Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia lapor 47 kes baru COVID-19

Kes baru COVID-19 di Malaysia kekal dua angka dengan 47 kes dilaporkan membabitkan 45 kes penularan tempatan dan dua kes import hari ini (13 Sep), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 47 kes baru COVID-19

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Sep 2020 06:29PM Dikemas Kini : 13 Sep 2020 06:34PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia kekal dua angka dengan 47 kes dilaporkan membabitkan 45 kes penularan tempatan dan dua kes import hari ini (13 Sep), kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah penularan tempatan 28 kes adalah warganegara dan 17 kes bukan warganegara, manakala kes import melibatkan dua kes bukan warganegara dari Maldives (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Maghribi (satu kes di Selangor).

Jelasnya jumlah kumulatif kes positif COVID-19 adalah 9,915 kes dan jumlah kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 adalah 591 kes.

"Sehingga kini terdapat sembilan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Terdapat tujuh kes pulih dengan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 9,196 kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau tiada pertambahan kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kekal 128 kes.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan