Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia lapor 4 lagi kematian COVID-19, lebih banyak kes terkait kelompok perhimpunan tabligh

Sebanyak 150 lagi kes positif COVID-19 dicatatkan sehingga 12.00 tengah hari ini (4 Apr) di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,483 kes, manakala empat lagi korban pandemik itu dilaporkan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 4 lagi kematian COVID-19, lebih banyak kes terkait kelompok perhimpunan tabligh

Anngota-anggota bomba menyemburkan cecair basmi kuman di Kuala Lumpur semasa Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 04 Apr 2020 06:08PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 06:11PM

PUTRAJAYA: Sebanyak 150 lagi kes positif COVID-19 dicatatkan sehingga 12.00 tengah hari ini (4 Apr) di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,483 kes, manakala empat lagi korban pandemik itu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes baru itu, 80 kes berkaitan kelompok perhimpunan di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Beliau berkata jumlah kematian akibat COVID-19 setakat ini adalah 57 kes, iaitu 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

"Kes kematian ke-54 (kes ke-2149) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Institut Jantung Negara pada 23 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam, 28 Mac.

"Kes kematian ke-55 (kes ke-860) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan pada 18 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 4 petang semalam,“ kata Dr Noor Hisham di sidang media harian berhubung perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian ke-56 (kes ke-2,850) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung serta mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1,031.

“Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak, Sarawak pada 30 Mac. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 4.16 petang semalam.

"Kes kematian ke-57 (kes ke-1,575) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada 23 Mac. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.25 malam tadi," katanya. 

Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, sebanyak 99 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau menambah terdapat 88 kes yang sudahpun pulih dan dibenarkan pulang pada hari ini sekali gus menjadikan jumlah kes yang sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 dan sebanyak 915 kes, iaitu 26.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata kebanyakan kes positif yang dikesan adalah terkait dengan mereka yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling iaitu 1,545 kes daripada 3,483 kes keseluruhan mewakili 44.36 peratus. 

"Kluster ini merupakan kluster yang terbesar setakat ini dan telah mempunyai beberapa generasi kluster jangkitan, misalnya, melibatkan ahli keluarga mereka, kontak rapat di masjid dan juga madrasah tahfiz," ujar beliau.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan