Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia lapor 37 kes COVID-19, satu kematian

Jumlah jangkitan kes baru positif COVID-19 di Malaysia yang dilaporkan hari ini (6 Jun) masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes melibatkan warganegara Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 37 kes COVID-19, satu kematian

Kakitangan perubatan membuat ujian COVID-19 ke atas seorang lelaki di pusat ujian pandu lalu di Shah Alam, Malaysia, pada 20 April 2020. (Gambar: REUTERS/Lim Huey Teng)

Diterbitkan : 06 Jun 2020 06:24PM Dikemas Kini : 06 Jun 2020 06:36PM

PUTRAJAYA: Jumlah jangkitan kes baru positif COVID-19 di Malaysia yang dilaporkan hari ini (6 Jun) masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes melibatkan warganegara Malaysia.

Kes membabitkan kematian pula hanya satu kes dilaporkan dua hari berturut-turut sejak semalam (5 Jun) menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 117 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baru itu, lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
"Daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

"Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,303 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,552 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya semasa sidang media harian perkembangan terkini COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata kes yang pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini adalah 25 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 6,635 kes atau 79.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan