Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia lapor 179 kes baru COVID-19 dengan 4 kematian

 Sebanyak 179 lagi kes positif COVID-19 dicatatkan di Malaysia sehingga 12 tengah hari ini (5 Apr), menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,662 kes dengan empat lagi kes kematian dilaporkan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 179 kes baru COVID-19 dengan 4 kematian

Gambar fail para pekerja jagaan kesihatan di Malaysia membuat saringan COVID-19. (Gambar: Noor Hisham Abdullah/ Facebook

Diterbitkan : 05 Apr 2020 06:48PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 06:58PM

PUTRAJAYA: Sebanyak 179 lagi kes positif COVID-19 dicatatkan di Malaysia sehingga 12 tengah hari ini (5 Apr), menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,662 kes dengan empat lagi kes kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baru itu 46 kes berkaitan kelompok perhimpunan di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Jumlah kematian akibat COVID-19 setakat ini adalah 61 kes, iaitu 1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham meminta masyarakat supaya memberikan maklumat secara jujur sekiranya terdapat sejarah kontak rapat kes positif COVID-19, membuat sejarah perjalanan ke luar negara atau pernah menghadiri perhimpunan yang berkait rapat dengan penularan jangkitan wabak itu.

Sebagai contoh, jelasnya, hasil siasatan yang dijalankan Kementerian terdapat satu kluster wujud daripada kes indeks positif COVID-19 dengan sejarah perjalanan ke luar negara iaitu sejarah perjalanan ke Itali (kes ke-1,580).

“Setakat ini, daripada kluster itu 37 orang disahkan positif COVID-19, dengan lima kematian (iaitu kes ke-1,031, kes ke-1,032, kes ke-1,006, kes ke-2,850 dan kes ke-2,210), serta satu kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi.

“Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ketiga,” katanya.

Beliau berkata sememangnya terdapat risiko bagi kes COVID-19 dari luar negara diimport ke Malaysia dan mengakibatkan penularan di dalam negara. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan