Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia kutuk rancangan Netanyahu

Malaysia mengutuk keras kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhubung rancangannya untuk memperluaskan pendudukan negara itu di Wilayah Palestin di Tebing Barat.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia kutuk rancangan Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Sep 2019 12:07PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 12:10PM

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk keras kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berhubung rancangannya untuk memperluaskan pendudukan negara itu di Wilayah Palestin di Tebing Barat.

Menurut Kementerian Luar Malaysia pada Rabu (11 Sep), kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu akan menjejaskan sebarang usaha untuk membawa huraian jangka panjang dan keamanan di Timur Tengah.

"Ia memperlihatkan bahawa langkah Israel jelas melanggar undang-undang antarabangsa, Konvensyen Geneva dan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk Majlis Keselamatan PBB.

"Ini pastinya perkembangan yang berbahaya yang menuntut perhatian penuh komuniti antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menegaskan bahawa Tebing Barat, termasuk Baitulmakdis Timur, adalah wilayah Palestin yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, yang diduduki Israel secara haram selama beberapa dekad lamanya sehingga sekarang.

"Malaysia menggesa masyarakat, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-PBB, untuk bertindak tegas terhadap sikap negara itu yang jelas tidak menghormati peraturan undang-undang antarabangsa," katanya.

Encik Netanyahu dilaporkan sudah mengumumkan rancangannya untuk meluaskan pendudukan haram Israel di Tebing Barat sekiranya beliau dipilih semula semasa pilihan raya minggu depan. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan