Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M’sia kenakan denda RM300 jika guna telefon semasa memandu

Para pemandu di Malaysia yang ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa memandu akan didenda RM300 (S$100), demikian didedahkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia Liow Tiong Lai kepada media semalam (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
M’sia kenakan denda RM300 jika guna telefon semasa memandu

Lalu lintas di Kuala Lumpur. (Gambar: SAEED KHAN/AFP)

Diterbitkan : 20 Nov 2017 08:52AM Dikemas Kini : 20 Nov 2017 08:55AM

KUALA LUMPUR: Para pemandu di Malaysia yang ditangkap menggunakan telefon bimbit semasa memandu akan didenda RM300 (S$100), demikian didedahkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia Liow Tiong Lai kepada media semalam (19 Nov).

Menteri itu turut mengumumkan bahawa pegawai penguat kuasa dan kamera tetap akan digunakan untuk menangkap para pemandu yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu, menurut laporan The Star.

“Kami melarang para pemandu daripada menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Kami sudahpun memberi banyak amaran kepada mereka tetapi ramai yang masih berbuat demikian.

“Tumpukan perhatian kepada jalan raya dan bukan telefon anda semasa memandu,” tegas Encik Liow dalam laporan The Star.

Dalam ucapannya di majlis pelancaran di Sungai Dua di Bentong, menteri tersebut turut menambah bahawa para pemandu dibenarkan menggunakan aplikasi pemanduan arah dalam telefon tetapi ia harus dipasang dalam kereta.

Menurut The Star, Encik Liow berkata penggunaan telefon bimbit di kalangan pemandu merupakan antara 20 kesalahan yang akan disertakan dalam Sistem Keselamatan Automatik iaitu gabungan Sistem Penguatkuasaan Automatik dengan sistem mata demerit.

“Kadar kemalangan sangat tinggi. Terdapat 5,310 kematian dari Januari hingga September tahun ini manakala sepanjang tempoh tahun lalu, terdapat sebanyak 7,152 kematian.

“Kami ingin mengurangkan bilangan ini sebanyak 10 peratus setiap tahun dan ia sangat mencabar,” katanya dalam laporan berkenaan.

Menurut Encik Liow lagi, matlamat utama penguatkuasaan itu adalah untuk menyelamatkan nyawa dan bukan untuk mendenda pengguna jalan raya. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan