Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia kaji semula kontrak pencarian MH370

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (23 Mei) berkata kerajaan akan mengkaji semula dan mungkin “menamatkan” perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjalankan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia kaji semula kontrak pencarian MH370

Pesanan bagi penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 ditulis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang. (Gambar fail: AFP/MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 23 May 2018 09:25PM Dikemas Kini : 23 May 2018 09:27PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini (23 Mei) berkata kerajaan akan mengkaji semula dan mungkin “menamatkan” perjanjian dengan syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat yang menjalankan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Beliau berkata kerajaan ingin mengetahui butiran dan keperluan pencarian itu yang dijalankan oleh Ocean Infinity Limited.

“Jika kita mendapati ia tidak perlu, kita tidak akan memperbaharuinya… Kita akan mengkaji semula kontrak. Kita mungkin menamatkannya jika ia tidak berguna,” kata beliau semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet baharun di Perdana Putra hari ini (23 Mei).

Pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan kru hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dan kehilangan pesawat tersebut disifatkan sebagai insiden penuh misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung usaha pencarian MH370 di bawah permukaan laut selama dua tahun pada Januari tahun lalu. Tiada tanda-tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian meliputi 120,000 km persegi di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 ditemukan di pantai barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai “flaperon”.

Operasi yang dijalankan oleh Ocean Infinity, yang diberi mandat rasmi untuk pencarian meliputi kawasan seluas 16,000 km persegi awal tahun ini, gagal menemukan sebarang bukti konkrit.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan