Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia kaji cara kurangkan kos jika tarik diri dari projek kereta api laju S'pura-M'sia

Malaysia bakal meninjau bagaimana pihaknya dapat mengurangkan kos sekiranya negara tersebut tidak meneruskan rancangan Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura HSR, kata Perdana Menteri Mahathir Mohamad dalam satu wawancara yang diterbitkan semalam (26 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia kaji cara kurangkan kos jika tarik diri dari projek kereta api laju S'pura-M'sia

(Gambar: MyHSR)

Diterbitkan : 27 May 2018 04:44PM Dikemas Kini : 27 May 2018 04:47PM

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal meninjau bagaimana pihaknya dapat mengurangkan kos sekiranya negara tersebut tidak meneruskan rancangan Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura HSR, kata Perdana Menteri Mahathir Mohamad dalam satu wawancara yang diterbitkan semalam (26 Mei).

Mengulas tentang keperluan untuk mengurangkan hutang dan perbelanjaan negara - di mana kerajaan menganggarkan sekitar RM1 trilion (S$338 bilion) atau 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) - Dr Mahathir berkata "(hutang) boleh dikurangkan RM200 bilion (S$67 bilion) pada satu masa jika ia tidak meneruskan projek-projek besar yang pernah dirancang sebelum ini".

Projek HSR, yang para penganalisis anggarkan bernilai sekitar AS$17 bilion (S$22.8 bilion), buat masa ini berada pada tahap penawaran tender dan ia dijangka siap menjelang 2026.

"Syarat-syarat penjanjian (bagi projek HSR) menetapkan bahawa kami akan menanggung kos yang tinggi sekiranya Malaysia memutuskan untuk menarik diri daripada projek ini," kata Dr Mahathir kepada akhbar kewangan The Edge.

"Jadi kami perlu meninjau bagaimana kos yang perlu kita bayar selepas membatalkan perjanjian, boleh dikurangkan."

Dr Mahathir dalam Pilihan Raya Umum ke-14 awal bulan ini, menetapkan hutang negara sebagai keutamaannya dan berikrar akan mengkaji semula projek-projek yang dimeterai kerajaan sebelumnya.

Kerja-kerja bagi Projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion (S$18 bilion) - projek terbesar Malaysia buat masa ini - mula dijalankan tahun lalu.

Projek itu dikatakan menghubungkan Laut China Selatan di sempadan Thailand dengan laluan-laluan perkapalan di barat Selat Melaka.

"Kami sedang merunding semula syarat-syaratnya," kata Dr Mahathir. "Syarat-syarat (perjanjian) sangat menjejas ekonomi kami."

Projek itu dijalankan oleh syarikat China Communications Construction Co Ltd dan dibiayai dengan pinjaman dari Bank China Exim. Dr Mahathir turut mempersoalkan peri perlunya projek tersebut.

"Najib tahu ECRL, misalnya, bukanlah sesuatu yang boleh dimampui. Ia tidak membantu kita sama sekali," tambah Dr Mahathir.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan