Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia kaji cadangan lorong kiri khas motosikal

Kementerian Pengangkutan Malaysia belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai pelaksanaan menghadkan lorong kiri jalan raya di negara itu khusus bagi motosikal berkuasa rendah, sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan maut membabitkan pengguna kenderaan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia kaji cadangan lorong kiri khas motosikal

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke.

Diterbitkan : 14 Jan 2019 11:38AM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 11:40AM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan Malaysia belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai pelaksanaan menghadkan lorong kiri jalan raya di negara itu khusus bagi motosikal berkuasa rendah, sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan maut membabitkan pengguna kenderaan itu.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, berkata pihaknya maklum akan cadangan itu, namun ia perlu dikaji.

"Jika kita nak kurangkan kadar kemalangan maut, sudah semestinya kita kena kurangkan kadar kemalangan motosikal... jadi apa-apa cadangan, kita terbuka untuk melihatnya.

“Kita tidak boleh meletakkan satu tempoh muktamad untuk ia dilaksanakan. Daripada segi undang-undang, kita boleh sahaja bersetuju dengan cadangan itu namun yang paling penting, bagaimana cara kita boleh menguatkuasakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas langkah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mengkaji cadangan tersebut.

Encik Loke berkata pihaknya juga maklum akan aspek penguatkuasaan lemah yang mendorong peningkatan statistik kemalangan lalu lintas. Justeru, langkah penguatkuasaan serta peraturan sedia ada akan diperketatkan lagi.

Statistik JKJR tahun lalu menunjukkan lebih 60 peratus daripada sekitar 6,740 kes kemalangan maut lalu lintas membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Sebuah kumpulan WhatsApp yang dikenali sebagai 'Safety First' turut menggesa agar cadangan tersebut dilaksanakan.  

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan