Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia ingatkan agensi kerajaan berwaspada guna aplikasi percuma sidang video online

Semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan diminta berhati-hati ketika menggunakan aplikasi sidang video percuma dalam talian, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Malaysia Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia ingatkan agensi kerajaan berwaspada guna aplikasi percuma sidang video online
Diterbitkan : 08 Apr 2020 10:22PM Dikemas Kini : 08 Apr 2020 10:27PM

KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan diminta berhati-hati ketika menggunakan aplikasi sidang video percuma dalam talian, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Malaysia Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau mengesahkan bahawa polis sudah menerima surat peringatan akan berlaku ancaman siber.

“Polis telah menerima surat peringatan supaya semua agensi kerajaan berhati-hati dengan serangan siber yang mungkin berlaku,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur, pada Rabu (8 Apr).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu tular bahawa akan wujud ancaman siber ke atas agensi-agensi kerajaan yang kini melaksanakan tugas secara dalam talian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Encik Acryl Sani berkata polis tidak menggunakan aplikasi Zoom untuk melakukan sidang video secara dalam talian.

“Saya difahamkan aplikasi ini popular untuk mengadakan kelas secara dalam talian,” katanya.
Encik Acryl Sani berkata polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati melakukan sebarang transaksi secara dalam talian.

“Pada masa sama, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan sebarang maklumat peribadi kepada pihak ketiga bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” katanya.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan