Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia harap S'pura akan pertimbang SOP pembukaan sempadan

Pemerintah Singapura diharap akan mempertimbangkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan sempadan Malaysia-Singapura, yang sudahpun dikemukakan Kerajaan Negeri Johor dan dipersetujui Kerajaan Persekutuan.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia harap S'pura akan pertimbang SOP pembukaan sempadan

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 12 Oct 2021 09:44PM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 09:46PM

MUAR: Pemerintah Singapura diharap akan mempertimbangkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung pembukaan sempadan Malaysia-Singapura, yang sudahpun dikemukakan Kerajaan Negeri Johor dan dipersetujui Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berkata apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan di Malaysia baru-baru ini, ia sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu.

“(Mereka pastinya bertanya) mengapa mereka tidak boleh balik, tak boleh merentas negeri dan negara kita (untuk balik).

“Sama ada (kes) meningkat atau tidak di Singapura… itu tidak sepatutnya menghalang Singapura daripada duduk berbincang dengan Johor dan Kerajaan Malaysia (berhubung pembukaan sempadan),” katanya kepada para wartawan selepas tinjauan mesra bersama komuniti pesawah padi Sungai Balang, di Muar, hari ini (12 Okt).

Ahad lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap divaksin untuk melakukan perjalanan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula semalam (11 Okt). Ini berikutan kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah mencapai 90 peratus.

Perdana Menteri turut Malaysia itu turut mengumumkan berkuat kuasa semalam, rakyat Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara tanpa MyTravelPass (MTP) Jabatan Imigresen.

Encik Hasni berkata sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ada memaklumkan pihaknya sudah berbincang dengan Singapura dan republik itu meminta diberikan masa untuk ia mengurangkan kes positif COVID-19 di negaranya terlebih dahulu sebelum memulakan perbincangan berhubung pembukaan sempadan.

“(Tetapi) saya berpendapat apa sahaja keadaannya di Singapura, yang penting kita (rakyat Malaysia) dah terima vaksin lengkap. Itu yang lebih penting. Pada saya, sama ada kes naik atau turun bukanlah satu isu. Maksud saya, Singapura saya percaya mengiktiraf perkara itu (kadar vaksinasi).

“Dengan vaksinasi penuh, kita perlu hidup dengan COVID-19. Jadi saya harap, kalau itu (vaksinasi) dapat diterima, pembukaan sempadan ini akan dapat dibuat,” kata Encik Hasni ketika mengulas mengenai sama ada perbincangan pembukaan sempadan sudah dimulakan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan