Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia harap ASEAN capai kata sepakat terhadap AUKUS

Malaysia melahirkan harapan agar negara-negara ASEAN dapat mencapai kata sepakat berhubung kerjasama keselamatan antara Australia, Amerika Syarikat dan Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia harap ASEAN capai kata sepakat terhadap AUKUS

Bendera negara-negara ASEAN. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 12 Oct 2021 05:44PM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 05:46PM

KUALA LUMPUR: Malaysia melahirkan harapan agar negara-negara ASEAN dapat mencapai kata sepakat berhubung kerjasama keselamatan antara Australia, Amerika Syarikat dan Britain.

Di bawah perikatan AUKUS, Australia akan memperoleh teknologi kapal selam dipacu oleh tenaga nuklear.

Setakat ini, Indonesia dan Malaysia memberi amaran aturan itu akan menyebabkan kuasa-kuasa besar bertarung kekuatan senjata di rantau ini.

Manakala Filipina, negara sekutu Amerika, menyokong perikatan AUKUS.

Berucap di Parlimen, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Hishammuddin Hussein berkata mesyuarat para menteri pertahanan ASEAN bulan depan membuka peluang untuk mencapai kata sepakat terhadap AUKUS.

"Saya telah menegaskan bahawa Malaysia tidak mahu diheret dalam geopolitik pertimbangan kuasa-kuasa besar di rantau ini.

"Saya juga tekankan sebagai sebuah negara ASEAN, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)," kata beliau.

Sumber : Reuters/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan