Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia destinasi paling ideal bagi pesara Asia

Malaysia mendahului carta sebagai pilihan lokasi paling ideal untuk bersara dalam kalangan negara Asia pada tahun 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia destinasi paling ideal bagi pesara Asia

Gambar fail Kuala Lumpur. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Jan 2018 03:06PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 03:09PM

KUALA LUMPUR: Malaysia mendahului carta sebagai pilihan lokasi paling ideal untuk bersara dalam kalangan negara Asia pada tahun 2018.

Demikian menurut Indeks Persaraan terbaru daripada International Living.com, seperti yang dipetik Astro Awani.

Berdasarkan indeks terbaru yang turut mengambil kira beberapa kriteria seperti kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan iklim, Malaysia menduduki tempat kelima secara global manakala Costa Rica adalah destinasi pilihan utama untuk bersara di dunia.

Laman itu mendedahkan Malaysia adalah lokasi ideal disebabkan iklim tropikanya dan ia menawarkan pilihan terbaik buat pesara sama ada di tengah-tengah bandar atau di pekan-pekan kecil, yang kebanyakannya dikelilingi alam semula jadi atau pantai, menurut laporan yang dipetik Astro Awani itu lagi.

Ia juga mengambil kira bahawa pesara mampu tinggal selesa di negara itu dengan hanya AS$2,500 (S$3,320) sebulan dan jumlah itu sangat kecil berbanding kos sara hidup di negara barat.

Selain itu, ia juga menyatakan bahawa pelancongan kesihatan merupakan antara faktor pilihan kerana negara ini menyediakan jagaan kesihatan bermutu pada harga berpatutan sementara pilihan restoran dan barangan runcit antarabangsa boleh dimiliki dengan mudah jika pesara tiba-tiba merindui kampung halaman.

Selain itu, laman tersebut memuji program Malaysia Rumah Keduaku kerana pilihan visa persaraan dianggap sebagai antara pilihan terbaik di dunia dan ia memudahkan proses untuk pesara berpindah ke negara itu selepas bersara, lapor Astro Awani.

Indeks tahunan itu menyenaraikan 24 tempat perlindungan utama persaraan di seluruh dunia berdasarkan kriteria utama iaitu persaraan yang gembira dan berjaya.

Selain Costa Rica dan Malaysia, destinasi lain yang turut disebutkan dalam senarai ialah Mexico di tempat kedua, diikuti Panama (ketiga), Ecuador (keempat), Colombia (keenam), Portugal (ketujuh), Nicaragua (kelapan), Sepanyol (kesembilan) dan Peru (ke-10).

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan