Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia dalam rundingan beli vaksin COVID-19 dari Rusia, Pfizer, dedah Khairy Jamaluddin

Malaysia sedang dalam perbincangan untuk membeli 6.4 juta dos vaksin COVID-19, Sputnik V buatan Rusia dan negara itu juga mahu menambah pembelian vaksin Pfizer-BioNTech, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada Rabu (23 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia dalam rundingan beli vaksin COVID-19 dari Rusia, Pfizer, dedah Khairy Jamaluddin

(Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 23 Dec 2020 06:00PM Dikemas Kini : 23 Dec 2020 06:05PM

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang dalam perbincangan untuk membeli 6.4 juta dos vaksin COVID-19, Sputnik V buatan Rusia dan negara itu juga mahu menambah pembelian vaksin Pfizer-BioNTech, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin pada Rabu (23 Dis), sedang negara berkenaan berusaha untuk meningkatkan lagi bekalannya bagi melawan pandemik tersebut.

Malaysia membelanjakan sekitar AS$500 juta (S$666.63 juta) untuk membeli bekalan vaksin yang secukupnya untuk menyuntik 26.5 juta orang atau 82.8 peratus penduduknya.

Negara itu sudahpun membeli vaksin daripada syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer dan AstraZeneca dari Britain dan merancang untuk mendapatkan lebih banyak bekalan dari pengilang China dan Rusia serta melalui penyertaannya dalam Inisiatif COVAX, yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kerajaan Malaysia juga sudah meningkatkan sasaran bagi bekalan vaksin setelah mengambil kira risiko sesetengah vaksin yang mungkin tidak diluluskan oleh para pengawal selia atau jika pengilang gagal membekalkan secukupnya, kata Encik Khairy kepada para wartawan.

"Kami ingin mempunyai bekalan yang lebih sedikit," katanya.

Selain rundingan dengan Institut Gamaleya di Rusia, iaitu pencipta vaksin Sputnik V, Malaysia juga sedang berbincang dengan pengilang China Sinovac Biotech dan CanSino Biologics untuk membeli vaksin mereka.

Perjanjian dengan pengeluar China dan Rusia akan merangkumi kerjasama dengan syarikat-syarikat Malaysia untuk menjalankan kerja-kerja pengisian dan penamat, kata Encik Khairy.

Malaysia juga sudah memperolehi 6.4 juta dos vaksin AstraZeneca melalui COVAX, sambil menggandakan jumlah yang telah dipersetujui untuk dibeli dari pembuat ubat tersebut.

Kerajaan juga sedang berunding dengan Pfizer mengenai pilihan untuk meningkatkan pembelian vaksin bagi lagi 20 peratus penduduk, tambah Encik Khairy.

Malaysia sudah membeli 12.8 juta dos vaksin Pfizer setakat ini, dengan penghantaran pertama dijangka tiba pada Februari depan.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan