Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia catat rekod tertinggi baru 3,309 kes COVID-19

Malaysia mencatat kes harian tertinggi COVID-19 dengan melaporkan sebanyak 3,309 kes pada Selasa (12 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia catat rekod tertinggi baru 3,309 kes COVID-19

Seorang warga M'sia jalani ujian swab COVID-19 (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 07:22PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 07:23PM

PUTRAJAYA: Malaysia mencatat kes harian tertinggi COVID-19 dengan melaporkan sebanyak 3,309 kes pada Selasa (12 Jan).

Tambahan kes-kes baru itu membawa jumlah keseluruhan kes di negara itu menjadi 141,533, dedah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kes aktif pula kini seramai sebanyak 30,390.

"Daripada kes baru itu, sebanyak 3,303 adalah penularan tempatan manakala enam kes pula ada penularan luar negara," kata beliau dalam satu kenyataan yang dinukil Astro Awani.

"Pesakit COVID-19 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 190 kes dan 83 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan," tambah beliau.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengesahkan hampir 78 peratus kes baru dikesan dari negeri-negeri yang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dr Noor Hisham berkata, kes itu didahului dengan Selangor yang mencatatkan 1,007 kes, diikuti Johor (442 kes) dan Sabah (409 kes).

Menurut Malaysiakini, jumlah pesakit yang berada di ICU itu juga merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan.

Lagi empat orang juga meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19, membawa angka korban keseluruhan kepada 559 orang.

Dalam pada itu, 1,469 lagi kes dilaporkan sembuh, membawa jumlah kumulatif pesakit yang sembuh seramai 110,584.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan