Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia catat rekod 1,240 kes baru COVID-19, 7 lagi kematian

Tidak sampai 72 jam, Malaysia sekali lagi mencatatkan empat digit kes baru COVID-19 dengan 1,240 kes pada Isnin (26 Okt), jumlah kes harian tertinggi yang direkodkan setakat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia catat rekod 1,240 kes baru COVID-19, 7 lagi kematian

Kakitangan perubatan M'sia memakai PPE di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 26 Oct 2020 07:01PM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 07:03PM

KUALA LUMPUR: Tidak sampai 72 jam, Malaysia sekali lagi mencatatkan empat digit kes baru COVID-19 dengan 1,240 kes pada Isnin (26 Okt), jumlah kes harian tertinggi yang direkodkan setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif COVID-19 di Malaysia berjumlah 27,805 kes dengan kes aktif sebanyak 9,744 kes.

Beliau berkata daripada kes baru itu juga, Sabah kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 927 kes atau 74.8 peratus dari jumlah kes seluruh negara.

Astro Awani melaporkan Dr Noor Hisham sebagai berkata, daripada jumlah kes-kes baru hari ini, dua kes merupakan penularan dari luar negara.

“Dua kes import melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara Rusia yang dikesan di Selangor manakala Ukraine dikesan di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini adalah sebanyak 9,744 kes,” katanya dalam sidang media pada Isnin (26 Okt).

Kementerian Kesihatan Malaysia turut melaporkan setakat hari ini terdapat sebanyak tujuh lagi kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini sebanyak 236 kes.

Sementara itu menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 94 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu sebanyak 31 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 691 kes yang dilaporkan telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara adalah sebanyak 17,825 kes. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan