Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia catat kes terendah COVID-19 dalam tiga minggu

Malaysia pada Isnin (29 Nov) mencatatkan kes COVID-19 terendah dalam tempoh tiga minggu apabila 4,087 kes dilaporkan setakat 12.00 tengah hari.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia catat kes terendah COVID-19 dalam tiga minggu

Gambar: AP

Diterbitkan : 29 Nov 2021 09:44PM Dikemas Kini : 29 Nov 2021 09:46PM

KUALA LUMPUR: Malaysia pada Isnin (29 Nov) mencatatkan kes COVID-19 terendah dalam tempoh tiga minggu apabila 4,087 kes dilaporkan setakat 12.00 tengah hari.

Sebelum ini, kes terendah yang dicatatkan negara ialah pada 7 Nov iaitu 4,343 kes yang merupakan jumlah terendah dalam tempoh enam bulan lepas.

Pada Mei lepas, Malaysia merekodkan 4,498 kes selepas 39 hari mencatatkan angka terendah iaitu 941 kes pada 29 Mac.

Kes jangkitan harian COVID-19 mencecah paras 6,000 pada 25 Nov berbanding 5,654 pada hari sebelumnya. Namun, kes harian mula mencatatkan penurunan pada 26 Nov dengan 5,501 kes, diikuti 5,097 kes (27 Nov) dan 4,239 kes (28 Nov).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes sembuh yang dicatatkan hari ini mengatasi kes baru, iaitu berjumlah 4,984 kes.

“Daripada 4,087 kes baru dicatatkan hari ini, 72 kes atau 1.8 peratus dalam kategori tiga, empat dan lima, sementara 4,015 kes lagi atau 98.2 peratus adalah dalam kategori satu dan dua,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

Kenyataan beliau hari ini turut menggariskan penjagaan kesihatan ketika bencana banjir dan pandemik COVID-19 dengan amalan norma baru perlu dipraktikkan sepanjang masa daripada proses menyelamat dan memindahkan mangsa sehinggalah mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Mangsa banjir akan disaring terlebih dahulu untuk sebarang gejala dan faktor risiko COVID-19 sebelum dibenarkan masuk ke PPS. Mangsa yang bergejala akan diwajibkan untuk melakukan saringan COVID-19 untuk mengelakkan berlakunya kejadian kluster COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di PPS,” katanya. 

Dr Noor Hisham berkata kes positif COVID-19 akan diasingkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau PPS Khas atau dirujuk ke hospital mengikut keperluan manakala kontak rapat akan dikuarantin di PPS Khas atau PPS yang sama tetapi berlainan blok.

Beliau berkata, mangsa bergejala tetapi negatif ujian saringan COVID-19 perlu dikuarantin.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan